Blog ini dibina khas untuk menyimpan semua catatan, artikel, rakaman video dan sebagainya yang saya kira menarik, yang saya jumpa semasa merayau-rayau (blog walking) di alam siber.. untuk peringatan diri dan dikongsi bersama..terima kasih kepada pemilik asal bahan-bahan tersebut..
Kawan Siber (jangan lupa jadi Follower ya...)
Thursday, October 21, 2010
Resepi Asam Laksa
Bahan-Bahan:
* 500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
* 1 biji timun dihiris panjang-panjang
* 3 biji telur rebus - potong 4 setiap satu
* 4 biji limau kasturi – potong-potong
* 1 bawang besar dimayang
* Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
* *8 keping asam keping
* 2 tangkai daun kesum
* 1/2 bunga kantan
*
* Bahan Kisar:
* 8-10 cili kering (ikut pedas masing-masing)
* 2.5cm belacan
* 1 biji bawang besar
* Garam secukup rasa
Caranya:
1. Ikan yang direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk
kuah nanti.
2. Isi ikan dikisar.
3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan-bahan kisar yang lain, asam keping,
daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa, dan bolehlah dihidangkan.
5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili
merah atau cili padi, jika anda suka pedas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment